Wednesday, 25 January 2012

15 Minutes Tourists.

salam,



setelah hidup hampir 22 tahun di dunia ini, (OMG really?) barulah  berpeluang nak jejak kaki ke istana negara yang lama itu. raja pon dah pindah. aku baru nak borak-borak tentang hal negara. haihh.. =.=' tak apalah, nanti senang-senang patik datang ziarah istana baru itu ye tuanku. ataupun tuanku silalah mencemar duli ke teratak patik yang tidak seberapa ini. ehh kemain. 



sebenarnya tidaklah begitu bermatlamat hendak kesana. lebih kepada singgah sebab otw ke sungai buloh. abang macam patung yang naik kuda itu sudah tiada. harap dia masih sihat dan gagah menjaga pagar. T__T






kerana aku baik hati lagi gigih. haruslah aku letak sedikit info tentang istana negara ini. nak lebih-lebih pergi wiki sendiri. tak kuasa mak nak melayan nok !



info : Sebenarnya tempat ini merupakan mahligai dua tingkat ( double-storey mansion omputeh kata ) kepunyaan jutawan cina, Chan Wing. waktu kita merdeka 1957 baru jadi istana.  ia telah dibaik pulih dan dijadikan kediaman Sultan Selangor.  -yang lain korang baca sendiri. aku malas nak translate-


giler pemalas T___T



jadi, aksi terkinja-kinja telah dirakam tapi hanya yang sopan akan diletakkan di sini. yang lain telah berjaya di-sensored dengan jayanya. adeh !







terima kasih lah mak sebab bawak jalan-jalan 15 minit tanpa kacang kuda atau pun askerim untuk dimakan.



okbye !