Monday, 16 January 2012

Cara Halau Senggugut.



salam,


tajuk macam sengugut itu hantu pulak. padahal sengugut itu adalah salah satu kesakitan yang sangat tidak cool. ada senggugut yang malu-malu tu tak sakit sangat tapi aku tak dapat der jumpa yang malu-malu. senggugut aku tahap tak boleh bangun wa cakap lu. kaki tangan mula cramp macam hampir nak kena sawan. rasa macam kaki lebam sepenuhnya. tekan sakit tekan sakit. sakit belakang tak payah cerita. aku rasa aku macam dah mengandung tinggal tak ada baby je. aku rasa lah. Muahaha.. this all happen when i get period. aku perempuan hoi. wajiblah datang sebulan sekali. malu nak cerita tu tak adalah tapi kepada yang berpengalaman sama seperti aku, jom kita berkongsi fakta. 



kengkadang aku jeles kat perempuan yang rilek je bila datang bulan. macam tak ada apa-apa je. kalau aku mulalah berkerut-kerut tahan sakit. jalan terbongkok-bongkok. perlahan-lahan sampaikan aku rasa tak ada bezanya aku dengan nenek kebayan. aku adalah insan terpilih untuk merasai cabang-cabang kesakitan ini. jadi aku harus redha. T___T

selalu aku macam ni lah. melepek je. plus bad mood!


tapi tak boleh jadi. aku mula meng-google. kenapa setelah berbelas tahun baru tergerak hati nak google? penampor kat diri sendiri. aku dah cuba macam-macam kapsul untuk elak sakit tapi tak jalan. hampeh sehampehnya. mungkin aku harus mula memakai Premium Beautiful? tapi kocek belum tebal so aku nak cuba petua ni sahaja dulu. 




Petua 1 :
Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.  oh really? pinang tua tu ada jual kat supermarket tak?


Petua 2 :
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang. ini wajib cuba. kat peti ais mak banyak halia. Hehehe...



Petua 3 :
Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya rumput ada belakang rumah, jarum curik mak punya, emas pon curik mak punya. ok setel!


Petua 4 :
Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan . halia, lada hitam? boleh lah...



Petua 5 :
Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula. already did. tapi tak boleh masuk. hampeh




trimas kepada sumber.



selain tu, aku ada juga buat senaman dan kebanyakan menonggeng , meniarap tapi tak lama sebab kaki aku cramp all the time. T___T letak botol isi air panas tuam kat perut. quite okay tapi lepas tu perut aku merah memanjang sebab panas. haihhh susah! apa pon tak boleh. roommate aku pulak suka sapu minyak panas kat kaki, lepas tu pakaikan aku setokin. baik betul dia. :') boleh dapat anugerah ni.



nak bangun pon failed. seriously. T__T


okalah. setakat itu sahaja. sesiapa yang ada petua lain, please please please comment kat entry ni. i need it!! 




nak pergi carik halia. bye!