Friday, 20 January 2012

Fully Sponsored Day.



salam,


wah, mengantuk gila sekarang ini tapi gigih juga nak post sebab hari ini saya keluar duit RM2 je untuk alas perut beli kopok lekor dengan air cincau. tapi kenyang nya macam makan sizzling. Huehuehue. sebabnya memang aku melantak sizzling pun tadi. sponsored by Cik Leyla yang baru dapat tajaan JPA. yeah kikis kikis ! Muahaha ! tak ah memain je. =.='



maklumlah boipren tak berapa nak dekat. so dating dengan orang lain lah hari ni. boleh ?

oh by the way, itu tudung bawal Aidijuma. serious terbaik dari ladang tudung dia. senang gile nak bentuk dan tak banyak songeh. sekian.



sampai Jusco Bukit Raja (tak ada tempat lain ke hoi) kami terus melulu ke arah tempat jual makan makan sebab lapar kemain. Cik Leyla sangat ohsem sebab belanja saya makan. -puji puji , mana tahu dia belanja lagi. hikhik-






walaupun aku bukan lah peminat tegar sizzling tapi bedal aje kalau dah namanya rezeki. Kuikuikui. last-last Cik Leyla habiskan jugak saya punya sebab tak habis. :( sama macam dia beli dua sizzling untuk diri sendiri. =.=' begitulah ceritanya.


lepas tu kan kan kan, kami pergi tengok wayang cerita abang ketak. Journey 2. THE MYSTERIOUS ISLAND. not bad ah sebab menjerit-jerit jugak aku tengok. waktu diorang kena menyelam pun aku sibuk tahan nafas jugak, betapa aku mendalami watak. kagum bukan? Muehehehe.. yang sedihnya ini kali pertama aku tengok wayang tanpa munzir sem ini. Huwaaa ! 
jangan risau. kami tidak duduk di couple sit. =.='
bowwleeyyyyy laaaa. *baca dengan shengau
best betul kalau hari-hari ada orang belanja kan? hahaha ! dan lepas tu balik. malam ni ada tak orang nak belanja aku dinner pulak ? ehem ehem ! kalau tak ada nak mogok lapar sampai mak datang ambil esok. ugut ku kepada diri sendiri. haihh..

Plain Grey Bawal : Aidijuma 
Long Sleeves Shirt : Dekja's
Grey Skirt : Kaklong's



tak ada apa pon, wa saja nak kecoh !


okbye. :D