Sunday, 22 January 2012

Istikharah Lepas Bertahun-tahun Bercinta.




salam,



aku ada sedikit musykil bila masa aku nak buat isthikharah kengkonon betulkah munzir itu jodoh aku. ni semua kawan aku punya pasal.
( dia bertudung labuh, jadi concern dia lebih. Hehehe )


kawan : sue, bila nak kahwin ?

aku : lambat lagi, kenapa ?

kawan : dah buat istikharah ?

aku : belum, tapi kena ke ?

kawan : aku tanya kau tanya aku balik. =.='

aku : sorry , baru aku perasan semua dialog diatas ada tanda soal. ahakx. tapi berbalik kepada soalan aku, aku bukan ada pilihan lain ke apa ke? isthikharah tu kan sebab nak minta petunjuk bila ada pilihan ? kalau aku isthikharah dapat petunjuk lain macam mana ? nak ikut ke tak ? kalau aku ikut kejam lah aku dengan munzir, tak gitu ? lama kot aku dengan dia, last-last ikut mimpi. acano ? ceciter.. ceciter..

kawan : kemain banyak soalan kau. bertalu-talu. ahhh... kau baca ini.


-dialog diubah ikut suka aku, kawan sangat sopan orangnya-


-------------------------------------------------------------


“Ustaz, saya dan tunang saya sudah hampir ke tarikh pernikahan kami. Tetapi tunang saya telah secara mendadak memutuskan pertunangan kami. Beliau bermimpi melihat seorang perempuan lain dan setelah beristikharah, beliau yakin perempuan itu adalah pilihan sebenarnya kerana ia muncul dengan petunjuk Allah. Bagaimana pandangan ustaz? Saya dan keluarga saya serta keluarga tunang saya sangat terkilan. Apakah benar saya sudah dikeluarkan daripada petunjuk Allah? Di mana silap saya, ustaz?”



Sepucuk emel dihantar kepada saya. Beristighfar dan mengurut dada. Percaya atau tidak, gejala ini semakin menjadi-jadi.


Malah di kalangan pelajar universiti, Istikharah semakin popular di dalam trend yang tersendiri. Ia diamalkan bagi ‘memaksa’ Allah membuat pilihan untuk mereka. Berbekalkan kejadian persekitaran atau mimpi yang disangka petunjuk, kadang-kadang ‘pilihan Allah’ itu adalah tunang orang, suami orang, malah ada juga isteri orang. Bertindak atas nama ‘petunjuk Allah’, tercetus permusuhan sesama anak Adam.
Apakah Allah, atau Syaitan yang memberikan ‘petunjuk’ penuh mudarat dan zalim itu?



MEMBELAKANGKAN ILMU

Penyakit besar yang melanda anak-anak muda terbabit ialah beribadah tanpa ilmu. Mereka melaksanakan Solat Istikharah berdasarkan saranan rakan-rakan yang juga melakukannya atas saranan kawan-kawan yang lain. Berapa ramaikah yang membuka kitab Fiqh atau belajar mengenai Solat itu dan ibadah yang lain melalui para ustaz dan alim ulama’?


Keadaan ini menjadi lebih bermasalah apabila ada pula agamawan yang mengesyorkan panduan-panduan yang tidak berdasarkan keterangan al-Quran dan al-Sunnah malah diajar pula kaifiyat yang sangat membuka ruang manipulasi Syaitan dalam mengaburi pertimbangan anak Adam.


Mengira huruf tertentu di dalam Surah, menyelak secara rawak mushaf dan mencari petunjuk di muka surat yang terbuka, juga paling banyak meniti di minda ialah menanti mimpi yang menjawab permintaan.


Ia mengingatkan saya kepada pandangan Sheikh Saleem bin Eid al-Hilali di dalam kitab Bahjah al-Nadzireen syarah kepada Riyadh al-Sholiheen:


“Ada sesetengah orang berpendapat, “sesudah mengerjakan solat serta Doa Istikharah, akan muncullah nanti petunjuk dalam mimpinya, maka dia akan memilih sebagaimana yang ditunjukkan oleh mimpinya itu” Justeru ada sesetengah orang berwudhu’ dan kemudian melakukan Solat serta Doa Istikharah dan terus tidur (dengan meletakkan harapan  petunjuk datang melalui mimpi), malah ada juga mereka yang sengaja memakai pakaian berwarna putih kerana mengharapkan mimpi yang baik. Semua ini hakikatnya adalah prasangka manusia yang tidak berasas”


Menjadi satu keperluan yang sangat penting untuk kita kembali kepada maksud asal Solat Istikharah.


Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu.


aku ambil kesimpulannya sahaja ye.


KESIMPULAN
  1. Hindarkan diri daripada kesukaran menetapkan pendirian dalam kehidupan. Was-was adalah permainan Syaitan dan penyakit jiwa yang mengundang bahaya.
  2. Dalam hal-hal yang tiada keraguan dalam membuat pilihan keputusan, ia tidak berhajatkan kepada Istikharah.
  3. Ketika berdepan dengan pilihan yang sukar ditentukan, gunakan pertimbangan diri untuk melihat buruk baiknya.
  4. Jika jelas mudarat atau sudah ditentukan Haram hukumnya, maka tidak harus beristikharah.
  5. Pada perkara yang sukar untuk dibuat keputusan, beristikharahlah kepada Allah mengikut kaifiyat Solat Istikharah dan Doa yang Ma’thur daripada Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
  6. Istikharah boleh diulang beberapa kali hingga beroleh ketetapan hati untuk membuat keputusan.
  7. Di samping itu juga beristisyarahlah dengan meminta pandangan pihak yang boleh dipercayai kewibawaannya.
  8. Petunjuk daripada Allah ialah kemampuan hati untuk tetap pendirian membuat keputusan.
  9. Hindarilah perbuatan menunggu mimpi atau petanda berbentuk isyarat kerana ia sangat terbuka kepada belitan Iblis.
  10. Jauhi Bid’ah dan Syirik.
  11. Setelah keputusan dibuat, bertawakkallah kepada Allah dan tenang dengan keputusan itu.
  12. Seandainya timbul cabaran atau muncul sisi kekurangan pada pilihan yang dipilih, tiada fikiran negatif muncul kerana yakin adanya hikmah dan kebaikan daripada Allah.
  13. Istikharah terbuka kepada apa sahaja urusan kehidupan yang berada di dalam ruang lingkup keharusan Syara’ dan salah jika hanya dilihat sebagai mekanisme jodoh.
  14. Rujuklah kitab-kitab Fiqh serta panduan Sunnah dalam urusan Istikharah serta ibadah-ibadah yang lain.
  15. Melakukan ibadah dengan hanya berpandukan hearsay adalah pintu kebinasaan dalam beragama.


sumber untuk ketahui lebih lagi : saifulislam.com


------------------------------------------------------------


ehem ehem ! make sure korang faham betol-betol tahu ?  lama jugak aku ambil masa nak faham hujah-hujah di atas. munzir pun pernah tanya aku aku akan buat ikstikharah ke tidak dan dia pun explain macam-macam jugak tentang istikharah ni. kena ceramah aku sudahnya. Hekhekhek. Allah tu tahu apa yang terbaik untuk aku. dalam doa pun aku ada doa jika betul dia yang terbaik untuk aku, kuatkan lah jodoh kami. jangan serabutkan otak. fokus aku sekarang ni BELAJAR !



kalau aku nak buat, sebelum aku kenal munzir lagi aku kena buat. kalau tetiba aku buat petunjuk mimpi aku bukan dia acano? siapa tahu itu mainan syaitan semata-mata atau apa ? (selepas membaca artikel di atas) aku pun bukanlah orang yang kuat ibadahnya, banyak jahil lagi aku ni. insaf insaf. :( lagipun aku tak nak bazirkan masa aku selama ini dengan dia tapi tidak berakhir dengan hidup bersama dia. aduh, sungguh kejam.



itu solat sunat. buat dapat pahala, tak buat tak dapat dosa. insyaAllah aku akan buat untuk pilihan-pilihan lain. tentang jodoh, aku serahkan semua nya pada Allah untuk melancarkan hubungan aku yang ini hingga ke syurga nanti. ecehh ! 




bhahaha. habislah aku !



okbye!