Friday, 20 January 2012

Jaga Rambut Walaupun Bertudung.



salam,




perempuan tidak wajib bertudung tapi wajib menutup aurat.
-Ustaz Azhar Idrus-


ramai malas nak bertudung sebab rimas. rambut kau cantik kau nak tutup-tutup buat apa? aisehh..  cantik rambut kau cantik lagi perangai aku. *macam tak ada kena mengena?*



malas lah nak membebel pasal aurat. semua orang dah tahu. lagipun diri ini kerdil sangat nak betulkan orang lain sebab diri sendiri pun hampeh jugak kadang-kadang. tapi insyaAllah akan cuba tutup se-proper yang boleh. ramai jugak kawan, member dan apa sahaja perkataan yang sekongkol dengannya malas nak jaga rambut sebab boleh tutup. ape ada hal kan? tapi bila buka tudung masyaAllah, singa pun lari siap merajuk rambut kau lagi hebat dari dia. kecik hati sudahnya. =.='



first week exam aku potong rambut. banyak sangat gugur. pagi-pagi mesti tak ubah macam pesakit leukemia. siap berlawan-lawan dengan roommate siapa lagi dasyat. last-last aku cantas terus siap buat treatment. hah hambek kau. terasa ringan makhluk-makhluk atas kepala. bapak haih pemalas nak jaga punya pasal. tapi tak cool lah kalau tak jaga even kita bertudung pun. rambut kan mahkota perempuan. so, i would like to share some tips especially for hijab ladies..



kemain akak tu balut kepala aku masuk dalam terowong stim ni. perghh lembut wa cakap lu !



1) cuci rambut 3 kali seminggu. pakai tudung waktu rambut masih basah adalah keputusan yang tidak cerdik. tamo tamo. kalau boleh jangan bungkus kepala denga tuala. biarkan dia kering secara semulajadi. hah gitu. 


2) Pilihlah fabrik lembut untuk tudung.  ada juga yang galakkan pakai tudung dari fabrik kapas sebab mudah menyerap peluh dan memudahkan aliran udara di kepala. selagi selesa pakai lah. kalau dah start gatal tu, tukar fabrik tudung yang lebih sesuai. 


3) dah sampai rumah, terus buka tudung. biarkan kulit kepala bernafas sampai korang selesa. half an hour should be okay. kalau ikat rambut buka dulu, rilex, biar angin meresap ke kulit kepala. lagi-lagi lepas riadah, tengik-tengik pon jangan mandi dulu. biarkan housemate anda pengsan baru mandi. barulah keji. BHAHAHA.


4) masalah rambut berbau sangat kerap terjadi bagi perempuan bertudung kan? so, bila dah dapat shampoo yang sesuai dengan rambut, kekalkan. jangan tukar-tukar shampoo. lagipun banyak sangat petua yang boleh korang guna untuk elak rambut berbau. jangan jadikan bau rambut sebagai alasan tak mahu bertudung. tidak cool. 


5) jangan pakai tudung tebal melampau. labuh tak apa. nipis pun jangan. elak pakai sampai empat lapis. lantak kau lah nak terbelit-belit ke hape sebab makin tebal makin susah kulit kepala nak bernafas. paham?



rilek je Heliza jadi model shampoo walaupun bertudung. dia boleh, mengapa tidak kita ?! erk!




semoga dapat berkongsi sedikit ilmu dengan anda. okbye !