Tuesday, 17 January 2012

My Other Half Face Compilation.



salam,


aku macam ambil risiko besar. Adakah aku akan mendapat call selepas beliau membaca entry ini? Muahahaha ! aku saja jelah godek-godek lappy aku yang baru sembuh ni. gelak-gelak aku tengok muka beliau. mati aku lepas ni ! kena jaga album baik-baik supaya dia tak berjaya dajalkan aku pulak. tapi bukan dia ada belog pon kan? Bhahaha *gelak keji. ayuh cikedaut ! 




2007. zaman baru-baru nak mengenal erti sosial ke hape tah ni. Adeh muka tak ley blah. :')





2008. ada misai. erk! 



2009. muka serta merta jadi jambu. mungkin teknik rebonding itu berkesan.T____T





2010. awal tahun. aku pon belum kenal dia lagi. muka atas ni lah yang makngah aku tunjuk suruh aku kenal-kenal dengan dia kat facebook. i was like 'errr... seriously? Muahahaha ! cirit gelak bila ingat balik. :')





2010. hujung tahun. dah kena potong rambut. muka bajet artis tiada lagi. hanya ini yang mampu beliau berikan. Muehehehe.. dah kenal dan dah jatuh hati.





2011. dia boleh buat macam-macam style rambut dalam setahun. lelaki kan. 






2012. Latest! semakin dewasa dan semakin menjadi orang yang berjasa kepada  ibubapa, keluarga, agama, bangsa dan negara. Hah kemain sampai negara.



walaupun 6 tahun kompilasi wajahnya berbeda tapi bagi aku dia masih lelaki yang sama dari dulu. nama pun still munzir. tidak berubah menjadi tom cruise atau edward cullen. tidak. penyayang dan penuh sabar melayari liku-liku hidup. hidup dia bukan semudah aku. itu aku pasti. aku baru kenal dia hampir 2 tahun tapi macam dah kenal lama dengan dia. mana taknya, segala mala dah cerita. =.=' manja degil dia semua aku pernah handle. perghhh geli tak ketiak lu? Kehkehkeh. 



apa-apa pun, aku harap dia jelah depan mata aku sampai jadi suami orang, ayah orang, datuk orang, moyang oyang, dan orang-orang di sawah padi. Huehuehue. kalau yang bernama munzir itu baca, sila cek emel anda. sekian terima kasih. 



bye! :D