Wednesday, 11 January 2012

Warning.



salam,


tabiat aku setelah lama aku sedari aku suka keluar awal waktu exam. mungkin beberapa bebudak hingusan akan memandang jelik kepadaku kerana aku lagi hebat dari diorang (MUAHAHA, RIAK GILER!), ataupun ada yang buat tak kisah atau ada yang siap warning kat aku.



'kau jangan nak keluar awal eh hari ni!'

'memang pun..' balas ku tanpa perasaan.



'matlamat kau esok mesti nak keluar awal kan'

'ha'ah, mana kau tahu?' balas ku buat-buat yang dia baru kenal aku 10 minit lepas.


'sue, kenapa? kan boleh cek sampai habis masa. jangan lah macam tu.'

-sengih macam badak sumbu-


'hoi giler lah hoiii , bapak aihh giler ahhh surina keluar awal, terer siott. giler ahhh.. perghhh'

'i heard my name..... bunyik apa tu?'




tapi ketahuilah kalian semua, saudara saudari sekalian apa yang buat aku rasa macam nak siap awal, habis awal, keluar awal. 


  • sebab aku memang dah siap. LOL!
  • aku rasa lebih confident untuk jawab exam akan datang.
  • aku mengantuk pandang exam paper lama-lama.
  • banyak kerja lain aku boleh buat dari melangut tengok paper yg entah betul ke tak sebab belum tanda kan?
  • aku boleh topap tidur aku.
  • suka hati aku lah. BHAHAHA.

tapi realitinya... aku.....








aku cuma mampu bertawakal setelah usaha. siapa ada perangai macam aku?


HIGH FIVE!




p/s: tapi sumpah paper lepas ni aku akan kejangkan otot aku sampai minit terakhir. aku tak confident.



okbye!