Wednesday, 22 February 2012

Determinant.



salam,



seronok tengok entry dan status kawan-kawan yang cemerlang. Ya Allah, tak pernah rasa sedih macam ni bila tengok result. dulu pernah je repeat paper sekali tapi tak teruk pun macam ni. mungkin waktu tu aku memang dah expect result aku. puas aku korek apa masalahnya. aku lulus semua. pointer pon masih 3 ke atas. hmm.



mungkin aku nak sangat dekan tu. itulah, kalau terlalu mengharap, bila tak dapat lain rasanya. roommate aku tahu betapa banyak nya kata-kata semangat atas meja aku. semua aku tulis sendiri. rasa macam dah terpencil dengan diri sendiri. this is not me. :(




aku nak sangat tulis status 'Alhamdulillah aku berjaya DL sem ni. thanks to all my family and buddies.' kat facebook. akhirnya tinggal jadi angan-angan. frust hoi ! tak apa tak apa, aku anggap ini ujian Allah bagi dekat aku sebab memang itu yang selayaknya aku dapat. mungkin usaha aku tak cukup dan Dia nak tengok aku boleh handle tak masalah masalah kecik macam ni.



kehulur kehilir aku bawak buku tebal-tebal pergi library engineering sorang-sorang dari pagi sampai petang. aku tak harap untuk ini sahaja. ya Allah, tak bersyukur nya kau surina. tapi betul, itu yang aku rasakan pada jam pertama lepas aku tengok result. hancurnya hati. aku mula mencari-cari apa yang sebenarnya yang boleh buat aku puas hati sebab ianya taklah seteruk mana yang aku fikir. i'm just over reacted. phew~





so, what i need here is just time and space for myself. abah nampak muka aku dah kalah dengan beruk makye dah. aku cakap dengan abah aku bad mood . sepatutnya apa yang patut aku cakap 'kite dapat dekan bah. mesti abah bangga kan kann ?' tapi itu pun tinggal angan-angan. banyak sangat angan-angan kau ni surina. *sigh 



ni yang nak ambil cekodok makan kat dalam almari nih. okay itu dah buat dah tadi. elok pulak abah belikan cekodok untuk aku hari ni. macam tahu -tahu je. cis. lepas keluar dari almari aku on facebook. ramai yang bertanya. di twitter pun tidak kurang hebatnya. akhirnya aku lega sendiri. cuma pening kepala sikit. 




terima kasih semua yang memberi saya semangat. saya akan cuba yang terbaik lagi sem hadapan. :D



p/s: sorry buat awak susah hati. awak tak payah la buat apa-apa. selama ni pun saya dah banyak susahkan awak. =.='


okbye!