Tuesday, 14 February 2012

Pelesu.



salam,


pelesu = palsu



dengan menggunakan duit pelesu ini, aku meredah lautan manusia di MPH Mid Valley untuk membeli segunung novel yang bakal menemani baki-baki hari cuti semester aku.




PM mesti berbangga kerana aku tidak berniat untuk menjual duit pelesu yang aku dapat ini untuk duit tidak pelesu. malah aku habiskan untuk buku yang sangat tidak ilmiah. T___T masakan tidak, duit pelesu ini diberikan saat-saat akhir semester dan due date nya bakal berakhir di awal semester nanti. haruslah menggunakan segera tanpa rasa bersalah. :)




tapi incik PM, lagi 2/4 bakinya insyaAllah saya akan menggunakan ke arah yang betul. bagilah lagi duit pelesu untuk shopping ke, untuk makan-makan ke, mudah-mudahan saya akan mengundi untuk kalian. mudah-mudahan.... tapi kalian bukan bagi duit pelesu ini untuk memancing undi kan? sebab saya yakin ini adalah kerana moto 'rakyat didahulukan' itu. sangat yakin. *muka bercahaya* tapi jangan menabur janji pelesu kepada rakyat sudahlah. 




ehh.. mekaseh tau untuk duit pelesu ini. nak pergi baca buku. okbye!